Custom Search

PENGALAMAN ITU TERLALU JAUH...


Eksperimen demi eksperimen yg datuk raja gopal lakukan akhirnya mengecewakan peminat harimau malaya...sepatutnya kesebelasan skuad juara piala AFC harus di kekalkan dari sejak dari pertemuan menentang Taiwan...namun, apa yg kita lihat, perlawanan menentang Taiwan, arsenal dan liverpool terlalu banyak percaturan pemain dari datuk rajagopal... Kita perlukan pengalaman, sekarang bukan masa utk mencari pemain terbaik, kerana kesebelasan juara AFC sudah terlalu baik buat kita, cuma kurangnya pengalaman membuatkan kita sering hampa... Tidak salah mengikut cara negara2 yg memang hebat dalam bola sepak, walaupun kalah, walaupun di belasah, namun kesebelasan tetap sama... Sudah adat dalam perlawanan, ada yg kalah dan ada yg menang, dan faktor utama yg membezakan kekuatan pasukan adalah pengalaman... Justeru itu, kita semua berharap, agar kesebelasan hari ini harus di kekalkan demi kepentingan bola sepak negara.. Biarkan mereka di penuhi pengalaman, biarkan mereka merapatkan persefahaman, biarkan mereka menjadi pasukan yg utuh... Khairul fahmi, sekali lagi menjadi org yg kuat mempertahankan maruah negara... Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, tetapi tidak semestinya kita terus mengetepikan dan menghukum, kerana setiap kesilapan itu ada pengalaman yg terus mengekori... Jadi di mana ada kesilapan di situ jgk ada pengalaman yg akan terpalit... Kesilapan akan meninggalkan jejak, dan jejak yg di tinggalkan itu adalah pengalaman...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP