Custom Search

Berkhalwat dengan kakak ipar diberkas




ALOR SETAR - Helah seorang lelaki konon dia bersama isterinya menyewa bilik sebuah motel di Jalan Suka Menanti, di sini, bagi mengelak dicekup berkhalwat tidak menjadi apabila wanita itu sebenarnya adalah kakak iparnya.

Lelaki berusia 30 tahun itu mulanya memberi alasan mereka mempunyai surat nikah, namun selepas siasatan terhadap wanita berusia 32 tahun itu mendapati kenyataan mereka bercanggah dan cuba menipu anggota penguat kuasa.

Dalam serbuan jam 4.45 petang kelmarin, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menyerbu premis berkenaan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Lelaki berasal dari Myanmar dan beragama Islam itu memberi alasan membawa wanita itu menyewa bilik itu hanya untuk mandi sebelum pergi melawat isterinya yang baru melahirkan bayi lelaki di Hospital Jitra (HJ).

Pegawai Penguat kuasa Jaik, Mohd Khairil Naim Johari berkata, sepasukan anggota Jaik yang tiba di motel itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah bilik di tingkat bawah motel itu berkunci daripada dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu kira-kira 10 minit kemudian dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa di luar bilik disewanya.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita yang menyorok dalam bilik dan tergesa-gesa memakai pakaian dalam keadaan ketakutan.

“Hasil soal siasat, wanita itu mendakwa dibawa lelaki berkenaan ke motel itu untuk melihat adik perempuannya yang juga isteri lelaki itu yang baru melahirkan anak manakala lelaki itu memberi alasan wanita itu sebagai isterinya,” katanya.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP