Custom Search

Anwar hina rakyat

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghina rakyat Malaysia kerana mempertikaikan pengiktirafan yang diberi oleh negara luar kepada pembangunan negara.
Dengan nada tegas, Abdullah tidak bersetuju dengan tindakan Anwar yang secara terang menidakkan pengiktirafan terhadap kemajuan yang telah dicapai Malaysia termasuk sebagai sebuah negara Islam moden kepada media asing.
"Kenapa pula (pengiktirafan Malaysia sebuah negara Islam moden) satu penghinaan? Anwar yang sebenarnya menghina rakyat Malaysia.
"Kenapa perlu ada pemikiran begitu? Kita tidak boleh terima kenyataan (Anwar) itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pengiktirafan kampus utama FRIM di Kepong sebagai Tapak Warisan Semulajadi di sini hari ini.
Hadir sama, isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah, Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB), Nancy Shukri dan Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abdul Latif Mohmod.
Anwar dilaporkan berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia pada 15 November lalu dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.
Laman berita The Australian semalam turut memetik Anwar menganggap kenyataan oleh kerajaan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard bahawa 'ini (Malaysia) adalah negara Islam moden yang bagus' sebagai satu penghinaan bagi Ketua Pembangkang itu.
Penghinaan yang disifatkan oleh Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Gillard terhadap kemajuan negara semasa melakukan sesi lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar itu semalam hanya menganggapnya sebagai suara sumbang minoriti yang bercanggah sama sekali dengan pengiktirafan para pemimpin dunia terhadap kejayaan Malaysia.

Read more...

Email : Anggota Tentera Kaum Keturunan Cina?

Nanyang Siangpao
Perkara: Anggota Tentera Kaum Keturunan Cina?
Ruangan: Opinion Yuanlun muka surat A20
Tarikh: 16 November 2010 (Selasa)

Tajuk:Saya Seorang Anggota Tentera
Penulis Lim Siew Ho

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh 2 tahun ini kementerian pertahanan membuat pengambilan seramai 903 orang anggota tentera masuk berkhidmat dalam pasukan tentera bersenjata, hanya 26 orang sahaja kaum keturunan Cina.

Sebab-sebab orang-orang Cina tidak mahu menjadi tentera kerana terlalu khuatir latihan yang berat semasa dalam rekrut, gaji yang sedikit, biasanya pihak keluarga tidak galakkan dan orang-orang Cina sendiri kurang kepada semangat cintakan tanah air. Masalah ini memang sudah lama diperbincangkan dalam masyarakat Cina, tetapi sehingga ke hari ini berita seperti itu terus senyap tidak ada penghujungnya.

Pasukan tentera bersenjata terbahagi kepada tentera laut, udara dan darat, jika pengambilan dalam masa 2 tahun ini hanya dapat 26 orang anggota tentera kaum keturunan Cina, ia bermakna hanya 13 orang setiap tahun kaum Cina yang menjadi anggota tentera. Di bahagian tentera laut dan udara mungkin lebih ramai bilangan kaum Cina, di bahagian tentera darat mungkin terlalu sedikit.

Saya sendiri sebagai tentera darat, saya ditemuduga di Ipoh, pada masa itu seramai 300 orang yang temuduga hanya saya seorang berketurunan Cina. Akhirnya saya diterima masuk, pada tahun 1989 saya dilatih di Port Dicksion, pada masa itu seramai 3014 pelatih dan hanya 2 orang sahaja yang berketurunan Cina. Selepas tamat latihan, saya ditempatkan di unit kereta kebal. Di dalam tentera darat ada banyak unit, contohnya unit RAMD dan unit pasukan diraja dan sebagainya.

Pemimpin Masyarakat Cina Tidak Beri Galakkan

Pada Mar 2004, saya ditukarkan ke Armored Training Centre di PD sebagai jurulatih. Slogan unit kereta kebal pada masa itu ialah “Bersatu”. Nama bersatu itu kerana pada masa dahulu di zaman British pasukan ini mempunyai anggota pelbagai kaum, dan juga ia ditubuhkan selepas tidak lama kita Merdeka.

Tetapi pada tahun 60an, pihak komunis bersengketa dengan pihak kerajaan, apabila pihak kerajaan buat pengambilan anggota tentera, ramai orang-orang Cina lari, ada yang lari balik ke negeri Cina.

Semasa saya menjadi jurulatih di PD, saya pernah melatih 2 orang berketurunan kaum Cina, dan berketurunan kaum India pula tidak sampai 10 orang, selainnya anggota tentera bumiputera.

Pada pandangan saya, kaum keturunan Cina tidak mahu jadi anggota tentera kerana tidak dapat galakkan dari pihak keluarga dan masyarakat Cina itu sendiri. pemimpin-pemimpim kaum Cina langsung tidak galakkan anak-anak kaum keturunan Cina menjadi tentera, kerana saudara mara mereka tidak ada yang menjadi tentera, sebab itu mereka tidak mahu dituduh cakap tidak serupa bikin.

Saya yakin jika kaum Cina menjadi anggota tentera, sudah tentu lebih baik daripada kaum-kaum lain.

Parti Politik Mahupun Pembangkang Tidak Ada Inisiatif

Saya percaya, kata-kata menteri pertahanan berkata tidak pernah ada orang-orang bukan Melayu yang menjadi tentera, itu bukan menjadi sebab. Kerana selama ini menteri perumahan dan kerajaan tempatan disandang oleh orang-orang berketurunan Cina, tetapi kenapa di dalam pasukan Bomba sangat kurang kaum keturunan Cina.

Sebaliknya, jika di dalam mana mana jabatan berkurangan anggotanya seperti orang-orang Melayu, pihak kerajaan akan segerakan buat pengambilan, sebagai pemimpin kita perlu selesaikannya, mungkin ia boleh berlaku sistem pengambilan kuota.

Sebaliknya dalam masyarakat Cina sama ada mereka ini parti pembangkang atau bukan, mereka semuanya tidak ada sebarang insiatif untuk kearah itu. Masyarakat Cina seperti telah terputus hubungan dengan negara ini dan jabatan-jabatan kerajaan.

Orang-orang Melayu sekurang-kurangnya berpengalaman 2 hingga 3 generasi yang menjadi anggota tentera untuk menjaga keselamatan negara ini. Mereka berkata, orang Cina cari duit bermati-matian, jika negara ini tidak aman orang-orang Cina boleh pergi berhijrah. Dalam keadaan seperti ini, bagaimana mereka boleh beri orang-orang Cina sama rata?

Hari ini, PLKN telah dilaksanakan selama beberapa tahun, kami harap projek ini akan dapat tarik minat kaum keturunan Cina menjadi anggota tentera. Tidak disangka keadaan itu tetap sama sahaja, tidak ada kaum keturunan Cina kerana telah mendapat latihan di PLKN mahu menjadi anggota tentera.

Apa yang saya mahu katakan di sini, walaupun saya seorang anggota tentera yang berketurunan Cina, saya tidak rasa menyesal. Saya sudah lama di dalam pasukan tentera, tidak pernah dipandang rendah ataupun dihina, saya juga pernah mendapat biasiswa dari pasukan tentera.

Saya harap muda mudi kaum keturunan kaum Cina berubahlah sikap dan pemikiran yang ada, masuklah pasukan tentera, berkihdmat untuk negara ini, saya sanggup beri bimbingan dan nasihat kepada anak-anak muda ini.

Saya cintakan negara ini, saya bangga dengan tugas dan tanggungjawab saya!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP