Custom Search

Maizudul & Krew 999 SelamatKan PelaCuR TaWaU..



Kenapa Kami Selamatkan Pelacur Tawau?

Terima kasih kepada doa pembaca mengiringi misi getir kami di Tawau, Sabah

Semalam, hari amat mencabar bagi saya, penerbit 999, Shahnun Haniff dan jurukamera, Rosli Abdul Rahman.

Apapun, kini kami selamat selepas tiba di Lembah Klang pada jam 8.30 malam tadi. Hakikatnya, kami terlalu penat dan kekurangan tidur sejak Sabtu lalu.

Tiada tujuan memburukkan Tawau sewaktu melakukan tinjauan seperti didakwa sesetengah pihak, kami sekadar membongkar kegiatan tidak bermoral berlaku sekian lama di daerah itu.

Awal malam semalam krew 999 terserempak 2 wanita Indonesia mendakwa diperdagangkan, Tika, 24 dan Tina, 20 tahun, berhampiran lobi hotel. Lalu kami menemubual mereka memohon bantuan kami untuk dibebaskan dari belenggu pelacuran.


Mewawancara Tina, 20 tahun


Rosli merakamkan peristiwa bersejarah


Kepenatan

"Kami berasal dari desa sama di Surabaya, kononnya dijanjikan pekerjaan di restoran di sini. Untuk ke Tawau kami berhutang lebih RM5,000 dengan ejen membawa kami ke sini, kos membayar tiket pesawat, kapal laut, pas lintas batas dan segala kebutuhan harian diperlukan. Wang itu semua dikira hutang. Setelah tiba di Tawau, kami diserahkan kepada 'mummy' (ibu ayam) dan dipaksa melacur untuk membayar kembali hutang itu," jelas Tina dalam nada sedih.

Tambahnya, dia dan Tika berada di Tawau sejak sebulan lalu dan tinggal bersama mummy, warga Indonesia dan pergerakan mereka dikawal ketat 3 runners, 'boys', remaja senegara menghantar dan menjemput keduanya setelah memuaskan nafsu pelanggan di hotel.


Tika dan anaknya

"Ini pun semalam mummy sudah bilang, kami harus berhati-hati kerana ada 'polisi' dari Kuala Lumpur datang di sini, '999' dia bilang," tambah Tina tanpa perasaan ragu.

Saya dan Shahnun saling berpandangan, tersenyum. Jelas, mereka tidak mengenali kami.

"Kami terpaksa melayan sehingga 3 customers sehari bang, 3 kali booking. Namun, semua wang diserahkan kepada mummy, kami tidak mendapat sesen pun kecuali tips diberikan customers. RM250, RM50 diserah kepada boy, RM50 untuk bayaran teksi, selebihnya dibagi sama mummy," kata Tina.

Jam 3 pagi semalam, Allah membukakan hati saya dan Shahnun.

"Mengapa kamu tidak melarikan diri sebelum ini?," soal saya.

"Jaringan pelacuran di sini besar bang, kami takut. Kemana sahaja, kami bisa dicari. Sebelum ini ada rakan cuba bolos, ditemui dan dipukul teruk. Lagi pun saya punya anak kecil berusia 3 tahun, tinggal di rumah mummy," keluh Tika dengan air mata bergenang.





"Kamu benar mahu diselamatkan?," tanya saya untuk kepastian.

"Ya bang. Kami terseksa di sini, tidak pernah terlintas di fikiran mahu jadi pelacur. Saya kepingin pulang ke desa, temui keluarga. Dalam satu bulan saya kerja, sudah menghasilkan lebih RM5,000, hutang sudah langsai tetapi mummy bilang saya harus kerja lagi sebulan. Sudah capek (penat) amat. Ada customer 'sakit', selepas melakukan hubungan seks, dia paksa saya meminum air maninya dari dalam gelas, jika enggan saya dipukul," ujar Tina.

"Shannun? Nak buat sejarah?," soal saya ringkas.

"Boleh, kita cuba," balasnya.

Jam 5 pagi, saya menghubung pegawai di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, mujur panggilan berjawab biar pun di subuh hening.

"Nanti saya hubungi kantor (pejabat) di Tawau," janji pegawai terbabit.

"Apa abang perlu lakukan jika ingin membantu, booking kami ini hari. Biar Tika datang bersama anaknya sekali. Bilang sama mummy, abang ini (Shahnun) suka anak-anak, nanti mummy izinkan. Tetapi bang, tolong jangan serahkan kami kepada polisi. Kami akan disergap (ditahan) sebagai tersangka (suspek), bukan korban (mangsa)," cadang Tina.

Saya akur risiko bakal kami depani, Shahnun juga faham berhubung hal itu. Namun, cadangan Tina kami terima, jam 5.30 pagi semalam, kami meminta mereka pulang ke rumah mummy dan datang semula ke hotel pada jam 10 pagi, kononnya kami pelanggan mereka.

"Jangan bawa pakaian berlebihan, pasti mummy kamu syak, bawa anak kamu kemari dengan apa cara sekalipun," pesan saya.

Saya tahu mereka takut, saya juga gentar untuk menyempurnakan misi itu. Namun, kami percaya 2 wanita terbabit diperdagangkan tanpa kerelaan sekaligus hak mereka untuk hidup bebas seperti manusia lain dikesampingkan sindiket mengaut keuntungan.

Shahnun kemudian menghubungi kenalan, pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM, berkebetulan menjalankan operasi membanteras kegiatan penyeludupan disertai 999 untuk mendapatkan bantuan, bimbang sekiranya terjadi perkara tidak diingini.

"Dia orang dah on the way tetapi mummy ikut sekali. Nanti dia tunggu di lobi," kata Shahnun.

Jam 10.30 pagi, bilik hotel kami dikawal kakitangan APMM. Sewaktu itu, Tina, Tika dan anaknya berada bersama kami. Lalu saya menghubungi pegawai polis tertinggi dan Konsul Muda Indonesia bertugas di Tawau untuk mengambil mereka bertiga.





"Bang, di mana? Jangan turun ke lobi, runners ramai menunggu di bawah, bahaya!," kata rakan menghubungi saya melalui telefon bimbit.

Hampir jam 11 pagi dengan kawalan ketat kakitangan APMM kami menyelinap keluar menggunakan lif di bahagian belakang hotel dan kemudian menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Memang itu saat genting tetapi terdetak di hati saya, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Tika dan anaknya serta Tina dibawa menggunakan kenderaan ke Pejabat Konsul Indonesia. Kini mereka selamat dan mengecapi erti kebebasan, seminggu lagi mereka dijadualkan pulang ke kampung halaman.


Bersama APMM
Setibanya di rumah jam 10 malam tadi, saya difahamkan, polis Tawau telah memberkas bapa ayam dikenali ramai dan secara agresif menyerbu sebilangan rumah pelacuran di Tawau.

Banyak premis pelacuran di Malaysia, fakta tidak boleh disangkal. Maksudnya ramai pelacur wujud, sebahagian terbabit secara rela, sebahagian lagi terus diperdagangkan seperti Tika dan Tina. Kenapa kita perlu menunggu terlalu lama untuk menyelamatkan insan seperti mereka? Sedangkan di banyak lokasi, semua orang tahu pelacuran kegiatan utama, berlaku di hadapan mata.

Adakah kita buta hati dan mata? Atau cuba membutakan keduanya secara rela?

Nota Perincian paparan akan disiarkan pada minggu hadapan dalam 999, Khamis, 13 Mei 2010 di TV3. http://mazidulakmal.blogspot.com/

Read more...
Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP