Custom Search

Kontol Anwar Bergegar....

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Gesaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution agar ahli parti itu tidak terlibat dengan Utusan Malaysia, membuktikan bahawa mereka gentar dengan pendedahan demi pendedahan akhbar berpengaruh itu mengenai kepincangan parti tersebut.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, lebih daripada itu, tindakan tersebut juga merupakan taktik licik kedua-dua pemimpin PKR berkenaan bagi membunuh peluang Zaid Ibrahim memenangi jawatan timbalan presiden yang turut diimpikan 'anak emas' Anwar, Azmin Ali.
"Apabila Zaid luahkan segalanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Anwar mula gentar.
''Ini merupakan sebahagian daripada taktik mereka untuk menidakkan peluang penyelaras pakatan rakyat itu daripada menduduki kerusi timbalan presiden dengan menampakkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan.
"Inilah demokrasi ala Anwar. Mendakwa konon dirinya sebagai terbuka, telus dan boleh terima kritikan daripada ahli parti dan orang luar. Hakikatnya, beliau mengamalkan pemerintahan kuku besi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Anwar ketika berada di London, 3 Oktober lepas memberi amaran agar calon yang bertanding pada pemilihan PKR tidak menggunakan 'media milik UMNO' yang dilabelnya sebagai musuh pakatan pembangkang.
Saifuddin pula pada sidang akhbarnya, hari ini mengingatkan ahli parti itu agar terus memulaukan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Anuar menambah, tindakan itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana Anwar dan Saifuddin diketahui sanggup melakukan apa saja bagi memastikan Azmin dapat menduduki kerusi timbalan presiden.
"Beberapa pemilihan cabang yang kecoh baru-baru ini membuktikan semakin ramai yang meluat dengan pakatan Anwar dan Azmin. Mereka mula sedar di peringkat cabang dan mungkin akan melakukan sesuatu di peringkat tertinggi.
"Justeru, Anwar dan konco-konconya mulai cemas. Mereka takut hilang kawalan ke atas PKR dengan kekalahan calon-calon pilihan. Lalu timbullah istilah seperti 'kuda trojan' dan terbaru menyalahkan Utusan Malaysia," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Anuar turut menjelaskan betapa Anwar terperangkap dengan permainannya sendiri sejak Zaid mula hadir ke dalam PKR.
Menurutnya, Zaid membawa idealisme yang sama seperti Anwar ketika mula-mula menubuhkan KeAdilan dahulu iaitu memperjuangkan kebebasan serta politik baru.
"Zaid mempunyai kekuatan tersendiri kerana ideologi yang dibawanya seakan sama dengan Anwar satu ketika dahulu tetapi, apabila Zaid mula 'naik' sehingga mengancam kedudukan Azmin, Anwar mula tidak senang duduk.
"Jelas sekali beliau terperangkap dalam permainannya. Ia secara tidak langsung mampu menyedarkan ahli PKR bahawa mereka tertipu dengan gelagat Anwar yang 'cakap tidak serupa bikin'," katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP