Custom Search

Polis Beri Amaran....betul kah...????....atau....dot..dot..dot..

11th August, 2010 KENINGAU: “Jangan cabar polis” – amaran keras ini dikeluarkan oleh Ketua Polis Keningau, DSP Zahari Mohamad kepada pengusaha kereta sapu di sini.
Sambil mendedahkan kebanyakan pengusaha kereta sapu mempersendakan ketegasan polis, tidak menghormati arahan supaya tidak menjalankan perniagaan haram itu.
“Kesabaran polis sudah berakhir,” tegasnya.
Zahari berkata, pengusaha kereta sapu yang terdiri daripada pendatang tanpa izin di daerah ini tidak memiliki lesen memandu, dan terlibat dalam perniagaan haram seperti itu semata-mata untuk keuntungan peribadi.
“Mereka meletakkan nyawa penumpang benar-benar terancam,” tambahnya.
Bercakap kepada akhbar ini dalam satu wawancara selepas operasi ‘Ops Kereta Sapu’ menjelang Ramadan di sini, ketua polis itu berkata, masyarakat memberi tanggapan negatif terhadap polis, ekoran daripada aktiviti kereta sapu yang semakin menjadi-jadi di daerah ini.
“Masyarakat menganggap polis tidak menjalankan tugas,” jelasnya dan menambah, masalah kereta sapu sebenarnya bukan terletak semata-mata di bahu jabatan polis.
Katanya, selain Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), masyarakat itu sendiri harus memberi kerjasama untuk menangani masalah itu.
“Polis telah berkali-kali menasihatkan masyarakat supaya jangan menggunakan perkhidmatan kereta sapu, tetapi mereka tidak mematuhi nasihat itu,” tambanya.
Beliau kesal kerana polis dipersalahkan berhubung dengan kebanjiran kereta sapu di daerah yang sedang pesat membangun ini.
Operasi pada Isnin, menyaksikan sebanyak 23 kenderaan persendirian yang digunakan untuk perniagaan haram di sekitar Pekan Keningau.
Daripada jumlah itu seramai 14 orang pengusaha didapati tidak memiliki lessen memandu.
Empat daripada kenderaan itu tidak memiliki cukai jalan, atau cukai jalannya luput tempoh.
Zahari berkata, kebanyakan daripada pengusaha kereta sapu itu terdiri daripada Pendatang Tanpa Izin (Pati), selebihnya penduduk tempatan.
Tangkapan dirujuk melalui Seksyen 33ALPKP, Seksyen 26cAPJ dan Seksyen 23APJ, berdasarkan kesalahan.
Menjawab satu soalan, Zahari berkata, polis benar-benar tercabar dengan tindakan agresif pengusaha kereta sapu, yang menjalankan kegiatan itu dengan mengenepikan undang-undang.
“Apabila mereka berani memandu tanpa lessen dan menjalankan aktiviti itu tanpa permit, mereka seolah-olah menafikan kuasa polis,” dedahnya.
Beliau memberi amaran, bahawa polis tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa juga yang terlibat dalam aktiviti yang mencabar undang-undang dan kuasa polis.

1 comments:

C L J August 12, 2010 at 10:22 PM  

Semuga mahkamah juga memandang berat perkara ini. Pati sepatutnya dihadapkan dengan lain lain dakwaan lagi. Tarik balik segala rasa kasihan terhadap mereka kerana mereka sendiri nampaknya membuktikan bahawa mereka tidak layak menerima belas kasihan itu.

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP