Custom Search

MUTALIB MD Lelaki Paling SIAL Di SABAH

Pusing punya pusing, terjumpa blog ini, saya mau share juga ni artikel sama pembaca disini.
http://lelakisialsabah.blogspot.com/

YB Salleh bukan lelaki SIAL dalam blog ini. Perhatikan orang dibelakang YB Salleh, itu yang saya maksudkan sebagai SIAL tahap tinggi.

Sejak setahun yang lalu, dunia internet dicalar oleh sebuah portal BEBAS bernama http://www.sabahkini.net/ yang memberi fokus pengisian cerita cerita politik Sabah. Laman web ini memuatkan aduan, kritikan dan laman web ini sangat memberi tumpuan kepada pengisian pendapat. TAPI hanya pendapat mereka yang kamceng dengan LELAKI SIAL saja lah. Pendapat politik yang merupakan pendapat peribadi dan tidak mempunyai nilai berita. Tidak ramai penulis didalam web ini yang mempunyai kredibiliti dalam membuat penilaian. Penilaian yang dibuat hanya bersandarkan kemungkinan dan kebarangkalian. Adakah kebarangkalian mampu membina negeri Sabah yang maju? Kebarangkalian yang ditulis oleh penulis penulis tetap didalam web http://Sabahkini.net hanya membawa kepada satu implikasi pemikiran masyarakat Sabah, iaitu BURUK SANGKA.

Masyarakat dididik oleh laman web ini untuk berburuk sangka dalam segala segi. Apa pun yang diperjuangkan oleh ahli politik kerajaan, semua tindak tanduk mereka adalah BURUK dimata laman web ini. Demikian juga apa pun yang dilakukan oleh ahli politik pembangkang, semuanya hanya ingin menunjukkan yang mereka benar.

Antara keduanya ada keperluan dalam politik negeri Sabah, tetapi laman web Sabahkini.net tidak memberi kebaikan kepada masyarakat Sabah kecuali mendidik mereka agar celik Politik BUSUK.

Adakah dengan mengetahui selok belok politik dan berburuk sangka dengan rakan politik lain, menjadikan kita hebat politik?

Inilah yang harus diteliti oleh masyarakat. Pemilik laman web tersebut membina ruang kekacauan agar pertelingkahan berlaku sesama sendiri dan menjadikan masyarakat terus berpecah belah. Siapa pemilik laman web tersebut?

Pemilik laman web tersebut adalah lelaki SIAL yang sering gagal dalam perniagaan dan beliau mengakui dia adalah keturunan nabi hanya kerana dia adalah anak cucu adam. Beliau adalah pemilik ALAF JASA yang diketahui umum syarikat bertapak di Lahad Datu dikatakan mengambil wang orang ramai untuk memproses Pasport pekerja asing tetapi sebenarnya passport itu langsung tidak diuruskan. Dan ini hanya khabar angin. Namun, kalau disebut sahaja mutalibmd di lahad datu, ini lah cerita yang diketahui orang.

Mutalibmd yang SIAL ini bukan sahaja tidak menguruskan passport yang dijanjikan, beliau juga menjalankan perniagaan restoran yang menggunakan resepi Kepala IKAN. Namun, kurang 2 bulan, perniagaannya LINGKUP. Entah kenapa mungkin keSIALannya yang mengaku keturunan nabi ini menjadikan dia sangat SIAL dalam semua sentuhannya.

Apa lagi yang SIAL?


Persatuan Blogger Sabah yang saya sertai juga tidak ada tujuan apa apa kecuali mau membina profil MUTALIBMD kononnya Presiden persatuan dan Persatuan ini menyokong segala tindak tanduknya dalam mencapai matlamatnya iaitu CARI MAKAN. Menyesal masuk Persatuan Blogger Sabah! Sekarang nda boleh remove nama dalam senarai Persatuan Blogger Sabah dan http://www.sabahkini.net! Memang SIAL!!!

Sial! Sial! Sial!

Apa lagi yang SIAL?

MutalibMD merupakan orang yang bertanggungjawab dengan imej buruk yang dipaparkan kepada media tentang YB Yusuf Jamblee.

Sebab itu lah mantan YB ADUN LAHAD DATU Yusuf Jamblee pukul kepala dia bila terjumpa di Lahad Datu. Ko rasa laaaaa…

MutalibMD sering menggunakan kemahiran beliau menulis dan menulis tentang orang lain. Beliau bukan sahaja mampu memburuk burukan YB. ISTERI Mantan Ahli Parlimen Silam iaitu Samsu Baharum juga diburukkan sebagai perempuan simpanan ADUN LAHAD DATU kini iaitu YB Datu Nasrun. Apa yang cuba dilakukan oleh lelaki SIAL ini?



Siapa yang tidak kenal dengan Maizatul Akmam anak mufti Sabah. Mufti Sabah diseret dalam penulisannya sebagai mempunyai anak yang tidak sesuai dengan kebaikan Mufti Sabah. Apa tujuan penulisan ini?

Satu sahaja, MEMBURUKKAN MAIZATUL.

Terkini, dia merupakan orang yang bertanggungjawab dengan laman web http://1SILAM.blogspot.com yang kononnya dikendalikan oleh YB Salleh Kalbi.

Kalau kamu tidak percaya, tanyakan saja kepada YB Salleh, apa email dan password yang digunakan untukmengendalikan laman blog http://1Silam.blogspot.com?

YB Salleh Kalbi akan tukar topik cerita. Hanya kerana dia YB, anda tidak akan berani mengatakan “Kenapa YB TIDAK JAWAB SOALAN SAYA?”

YB Salleh Kalbi sudah terperangkap dengan lelaki SIAL yang mengendalikan blog beliau yang memburukkan ADUN dalam partinya sendiri. Sehingga dia kelihatan buruk didalam partinya malah tidak bernilai menjadi pembangkang kerana berani menikam rakan sendiri.


http://1Silam.blogspot.com bukan penulisan YB SALLEH KALBI. YB SALLEH tidak mampu menafikan kerana takut diburukkan oleh MutalibMD dimasa akan datang, malah tidak mampu mengiyakan kerana Ketua Menteri Sabah Hj Musa Aman sudah memberi tumpuan kepada keburukan penulisan di blog itu.

Naaaa YB Salleh, ko belajar bah dulu main blog. Baru kau tulis blog. DUIT ndak mampu beli orang bah.

Yang pastinya sekarang, YB Salleh Kalbi sudah tiada tempat dalam politik sabah dimasa akan datang. Free free mati katak oleh Lelaki SIAL. Belum perang sudah mati. Malang nasib YB Salleh. Naa… Ko rasa laaa…

Inilah penangan lelaki SIAL yang boleh lah digelar sebagai X-MEN SIAL. Semua yang disentuh pasti akan membawa sial kepada anda. Tahukah anda? Persatuan Blogger Sabah juga digunakan untuk tujuan dia menunjukkan yang dia mempunyai sokongan dan ramai orang berada di belakangnya.



Halik Zaman yang dulu di zaman mudanya menjual surat khabar sehingga dipanggil Pakistan surat khabar menyangka dia pakar politik? Rupanya dia pun kena main politik. Halik Zaman sendiri tidak tahu mengendalikan blog dan hanya tahu menulis didalam WORD dan hantar kepada lelaki SIAL yang akan memanipulasikan semua penulisan pada masa akan datang untuk kepentingan diri SIALnya.

Kepada restoran mamak, gerai, cyber café dan peniaga peniaga yang tidak mahu SIAL masuk dalam hidup mereka, Lelaki ini boleh membawa sial kepada perniagaan anda kalau dia duduk di kedai anda.

Apa lagi yang SIAL?


Si SIAL ini sekarang sedang berteduh dibawah NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT SABAH, Dr Jeffrey Kitingan. Dan bisik bisik ada bercakap, yang http://www.sabahkini.net/ di biaya oleh Dr Jeffrey. Sebab itu ada artikel jek Jeffrey dengan tajuk
JEFFREY KITINGAN LAYAK PIMPIN PKR SABAH

Angan angan Jeffrey akan hanya jadi angan angan kerana dia belum sedar keSIALan sedang mengalir dalam darah dan diri nya. Oksigen yang disedutnya juga mula menYIAL kerana kehadiran lelaki SIAL di dlm kariernya.

Sekiranya http://www.sabahkini .net yang membawa kekacauan dalam pemikiran masyarakat dibiayai oleh Jeffrey Kitingan? Layakkah lelaki ini memimpin Negeri Sabah dimasa akan datang?

Mimpi lagi si Jeffrey, sampai ke TUA lah kau di Orchid Villa tu. Bagus kau atur kau punya pengarah film yang tiada budi bahasa yang sombong nda kena tempat tu. Berlagak macam TOP saja. Nda lama SIAL juga tu pengarah pindik tagap.

Naaaaa…. Kita berbalik kepada SI LELAKI SIAL tu,

Kamu Nampak kan? Dia juga yang atur laman web Ahli Parlimen SILAM dari BN, dia juga mengantam kerajaan di belakang Pembangkang di Sabah ni. Ini lagi SIAL.

Pembangkang dan Kerajaan di Sabah buta-buta berada dibelakang LELAKI SIAL yang hanya ada satu motto iaitu CARI MAKAN.

Naaa… Kepada mereka yang kenal LELAKI SIAL ini, kasitau orang lain ini blog. YB YB BODOH yang ada di SABAH ni, kalau mau selamat.

Ingat nama dan muka lelaki SIAL ni.

Read more...

Kekuatan nya ada pada perut...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Berhati-hati.....

Read more...

Polis Beri Amaran....betul kah...????....atau....dot..dot..dot..

11th August, 2010 KENINGAU: “Jangan cabar polis” – amaran keras ini dikeluarkan oleh Ketua Polis Keningau, DSP Zahari Mohamad kepada pengusaha kereta sapu di sini.
Sambil mendedahkan kebanyakan pengusaha kereta sapu mempersendakan ketegasan polis, tidak menghormati arahan supaya tidak menjalankan perniagaan haram itu.
“Kesabaran polis sudah berakhir,” tegasnya.
Zahari berkata, pengusaha kereta sapu yang terdiri daripada pendatang tanpa izin di daerah ini tidak memiliki lesen memandu, dan terlibat dalam perniagaan haram seperti itu semata-mata untuk keuntungan peribadi.
“Mereka meletakkan nyawa penumpang benar-benar terancam,” tambahnya.
Bercakap kepada akhbar ini dalam satu wawancara selepas operasi ‘Ops Kereta Sapu’ menjelang Ramadan di sini, ketua polis itu berkata, masyarakat memberi tanggapan negatif terhadap polis, ekoran daripada aktiviti kereta sapu yang semakin menjadi-jadi di daerah ini.
“Masyarakat menganggap polis tidak menjalankan tugas,” jelasnya dan menambah, masalah kereta sapu sebenarnya bukan terletak semata-mata di bahu jabatan polis.
Katanya, selain Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), masyarakat itu sendiri harus memberi kerjasama untuk menangani masalah itu.
“Polis telah berkali-kali menasihatkan masyarakat supaya jangan menggunakan perkhidmatan kereta sapu, tetapi mereka tidak mematuhi nasihat itu,” tambanya.
Beliau kesal kerana polis dipersalahkan berhubung dengan kebanjiran kereta sapu di daerah yang sedang pesat membangun ini.
Operasi pada Isnin, menyaksikan sebanyak 23 kenderaan persendirian yang digunakan untuk perniagaan haram di sekitar Pekan Keningau.
Daripada jumlah itu seramai 14 orang pengusaha didapati tidak memiliki lessen memandu.
Empat daripada kenderaan itu tidak memiliki cukai jalan, atau cukai jalannya luput tempoh.
Zahari berkata, kebanyakan daripada pengusaha kereta sapu itu terdiri daripada Pendatang Tanpa Izin (Pati), selebihnya penduduk tempatan.
Tangkapan dirujuk melalui Seksyen 33ALPKP, Seksyen 26cAPJ dan Seksyen 23APJ, berdasarkan kesalahan.
Menjawab satu soalan, Zahari berkata, polis benar-benar tercabar dengan tindakan agresif pengusaha kereta sapu, yang menjalankan kegiatan itu dengan mengenepikan undang-undang.
“Apabila mereka berani memandu tanpa lessen dan menjalankan aktiviti itu tanpa permit, mereka seolah-olah menafikan kuasa polis,” dedahnya.
Beliau memberi amaran, bahawa polis tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa juga yang terlibat dalam aktiviti yang mencabar undang-undang dan kuasa polis.

Read more...

Sangkakan bangkai babi hutan, rupa-rupanya mayat gadis

SUNGAI PETANI 11 Ogos - Seorang penoreh getah di sebuah ladang dekat Taman Kelisa Ria, di sini, terkejut apabila mendapati bangkai disangka babi hutan yang ditemuinya, rupa-rupanya adalah mayat seorang gadis disyaki dirogol dan dibunuh secara kejam.
S. Shanmugam, 50, berkata, dia yang menemui 'bangkai' itu kira-kira pukul 10 pagi pada mulanya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia babi hutan.
Katanya, namun dia mula mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku apabila melihat dawai dan cawan yang digunakan untuk menadah susu getah di kawasan berhampiran hilang dari pokok.
Dia juga menjadi lebih hairan apabila melihat terdapat kesan semak-samun yang diratakan, selain seretan sesuatu objek beberapa meter dari pokok berkenaan.
"Semasa saya menghabiskan torehan getah pada baris akhir di hujung ladang, saya mendapati dawai dan cawan yang digunakan untuk tadah susu (getah) hilang.
"Saya cuba mencari sehingga jumpa 'bangkai' itu. Mula-mula ingatkan babi hutan sengaja rosakkan cawan dan (kemudian) mungkin mati selepas termakan getah.
"Sebaik sahaja mendekatinya, saya nampak jari manusia dan terkejut apabila sebenarnya ia mayat gadis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, polis tiba di lokasi sejurus menerima laporan daripada majikan Shanmugam.
Katanya, mangsa yang berusia awal 20-an ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala, selain tangan kiri diikat dengan dawai.
Beliau berkata, mangsa juga mungkin dibunuh 24 jam lalu di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan tersebut.
"Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti memandangkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat tersebut.
"Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan separuh bogel dengan seluar dalamnya dilondehkan ke paras lutut.
"Berdasarkan penelitian awal, mangsa adalah warga tempatan berdasarkan kesan parut suntikan pelalian BCG," ujar beliau.
Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa bersusuk tubuh kecil serta mempunyai kulit sawo matang.
"Kita juga percaya mangsa mungkin berketurunan Melayu atau Siam," katanya lagi sambil memberitahu, polis tidak menemui senjata di tempat kejadian.
Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian," jelasnya.
Hashim meminta ibu bapa yang kehilangan anak gadis mereka supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Asisten Supritendan Teh Boon Keong di talian 012-3284837 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Read more...

Bila Si Kafir Mendabik Dadah.....1,000 peniaga protes hari ini

PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ.
Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, langkah itu diambil selepas beliau menerima maklum balas daripada peniaga-peniaga Melayu yang tertekan dan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri.
“Kami akan berkumpul esok, dimulakan dengan sidang akhbar pukul 10 pagi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang menghalang peniaga Bazar Ramadan beroperasi di Komtar.
“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia telah wujud setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.
Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.
Menurut Mohamed Ghani, beliau akan bertemu Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman esok bagi mendapat penjelasan sebenar mengenai keputusan PDC tersebut sekali gus membantu menyelesaikan masalah berkenaan.
“Hanya dia (Mansor) harapan untuk membantu kami kerana dia ialah pemimpin Melayu tertinggi dalam kerajaan negeri.
“Kalau dia juga tidak dapat membantu, memang dia juga bersekongkol dengan DAP menindas orang Melayu,” tegasnya.

Read more...

Bila Manusia Lupa Daratan

"CERITA saya bukan kerana salah ibu mengandung, tetapi salah anak yang lupakan asal usulnya." Demikian cerita Hazrina dalam emelnya dan ketika kami berbual di telefon.

''Saya mempunyai adik-beradik seramai enam orang, lima daripada kami hanya mendapat pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja, namun takdir menyebelahi adik bongsu kami yang mempunyai Ijazah dari Universiti. Tujuan saya bercerita bukan kerana cemburu kerana kepandaiannya, tetapi perangainya.

''Oleh kerana hanya dia seorang dalam keluarga kami ada segulung Ijazah, sudah pastilah dia menjadi kebanggan keluarga khususnya emak ayah kami. Tetapi perangai dan tingkah lakunya termasuk kesombongannya, nauzubillah, mengalahkan orang ada Phd, kalahkan professor, sementara kesibukannya mengalahkan Perdana Menteri Malaysia. Tak ada masa langsung untuk emak ayah, apatah lagi untuk adik-beradik.

''Sebenarnya perubahan kelakuan adik kami ini bermula apabila dia dibenarkan tinggal bersama saudara jauh kami dan tinggal di bandar. Alasan adik pada awalnya dia perlu pergi tusyen untuk kemudahan belajar. Jadi kalau berulang dari rumah kami memang jauh, maklum kami tinggal di luar bandar.

''Jadi demi masa depannya emak dan ayah kami pun setujulah membenarkan dia tinggal secara menumpang di rumah saudara kami itu, dengan syarat dia tumpang tidur di sana hanya pada hari dia ada tusyen, kalau tidak dia mesti balik terus ke rumah.

''Itu persetujuan awal emak dan ayah membebenarkan adik belajar tusyen dan tinggal di bandar. Tambahan pula ketika itu adik dalam tingkatan tiga, jadi dia amat perlukan tusyen untuk membolehkan dia menduduki peperiksaan besar akhir tahun. Oleh kerana itu permintaan anak bongsu, maka dia di benarkan.

''Pada mulanya untuk menduduki peperiksaan tingkatan tiga sahaja dan dia pulang ke rumah kalau tak ada tusyen, tetapi akhirnya melarat bila dia dalam tingkatan empat dan lima. Kalau dulu dia duduk rumah saudara tiga hari seminggu, akhirnya dia duduk terus dan tak balik-balik ke rumah kerana terlalu sibuk dan perlu belajar menghadapi peperiksaan tingkatan 5 begitu katanya.

''Bagaimana pun adik tak duduk percuma, emak dan ayah bagi saudara kami itu sagu hati kerana tumpang tidur dan makan, taklah banyak cuma RM40 sebulan sahaja, mereka setuju, tetapi entah macam mana adik boleh duduk terus di rumah saudara kami tu dan tak mau balik dengan alasan sibuk tusyen dan belajar.

Kebaikan

''Lebih menarik lagi di rumah tersebut, adik diberikan sebuah bilik khas untuk dia senang belajar, dan boleh tinggal terus walaupun tanpa sebarang bayaran. Kerana kebaikan hati saudara kami itu, emak dan ayah langsung tak merasa syak wasangka, tolong menolong sesama saudara kata mereka. Hinggakan emak terlupa bahawa satu hari nanti emak akan kehilangan terus anaknya.

''Keselesaan adik tinggal di bandar berterusan hinggalah adik menduduki tingkatan enam. Malah adik menganggap rumah saudara kami itulah rumahnya dia, bukan rumah emak ayah di kampung.

''Selepas mendapat keputusan yang agak baik dalam STPM, adik menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Kini adik bekerja di sebuah Organisasi Gergasi itupun atas bantuan ayah kami yang berusaha mendapatkan jawatan bersesuaian untuk anak bongsunya di dalam organisasi tersebut, dan juga dah rezeki adik.

''Masalahnya setelah bekerja beberapa tahun sekarang adik langsung tak pedulikan emak dan ayah, alasannya dia terlalu sibuk. Persoalannya sekarang saya tertanya diri sendiri, di manakah budi bicara dan akal yang Allah berikan kepada manusia hingga seseorang itu tidak boleh memberi nasihat dan panduan kepada adik hinggakan adik tak mahu balik menjengok ayah yang terlantar sakit. Malah saudara kami ini tergamak bercerita kepada orang bahawa adik tak selesa dan tak suka balik kampung.

''Episod sedih emak bermula apabila emak sering menyebut dan menceritakan tentang kerinduan terhadap anak bongsunya. Setiap hari emak menanti kepulangan anaknya. Hari berganti bulan, bulan bertukar tahun, dan tahun silih berganti sehingga 2010 ini, anak bongsu ini hanya pulang setahun sekali ketika Hari Raya Aidilfitri. Itupun pada pagi hari raya sahaja, dan bergegas pulang pada petangnya."

''Cuti raya biasanya berterusan 3 - 4 hari tetapi adik tak ada masa untuk bermesra dengan emak dan ayah. Ayah kami dulu sihat tetapi sejak akhir-akhir ini dia uzur dan tidak boleh berjalan. Sedihnya anak saudara ayah nun jauh di utara dan di Pantai Timur boleh datang melawat ketika ayah dimasukkan ke hospital tetapi adik bongsu kami langsung tak menjengok, walaupun tempat kerjanya beberapa kilometer sahaja dari hospital."

''Malahan jika kami buat kenduri kahwin atau menziarah kematian saudara, batang hidung adik tak pernah nampak, dia sentiasa sibuk kalah Perdana Menteri.

Jadi sebelum terlambat nasihatkanlah adik bongsu kami itu supaya balik ke rumah emak dan ayah sementara hayat mereka masih ada. Semoga anda mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.'' Demikian cerita Hazrina

P/s:..............hukum karma..pasti tiba..
Sent from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Try gambar pulak..:eheheheh

Sent from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Try test from blackberry

Argggggg
Sent from my BlackBerry® smartphone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP