Custom Search

Siapa Hilang Seluar Dalam Dan Coli?


Jika pembaca wanita menetap di Dungun atau Marang, Terengganu dan kehilangan seluar dalam atau coli, lelaki pencuri lebih 400 pakaian dalam itu diberkas polis di Kampung Rawai, Alor Limbat.

Berikutan itu polis Terengganu menyeru mangsa kecurian tampil membuat laporan polis agar suspek berusia 39 tahun, pembantu kesihatan awam terbabit boleh didakwa mencuri. Setelah disoal siasat polis, suspek mendakwa mencuri majoriti pakaian dalam wanita itu sewaktu bertugas di Marang dan Terengganu dan ketika ditahan dia didapati memakai seluar dalam wanita biarpun tiada petanda mengatakan dia pondan atau gay.

"Tuan, saya ... hilang 4 seluar dalam dan 2 coli"

Saya berasa sangsi jika ada wanita sanggup berkata sebegitu di balai polis sebelum membuat laporan polis.

Pengadu pasti akan ditanya pelbagai soalan.

Bila hilang? Di mana hilang? Jam berapa disedari hilang? Warna apa? Saiz apa? Jenis apa? Ada sebarang tanda unik? Ada koyak? Getah kendur?

Soalan menyemak otak, lagipun, mungkin pakaian dalam terbabit dibeli hanya dengan harga RM9.90 sahaja per piece.
http://mazidulakmal.blogspot.com/?zx=953cdace356ec3fb

2 comments:

H. Nizam June 9, 2010 at 6:07 PM  

Hello friend,
Thank you for following my blog on Google Friend Connect. I have also followed your nice blog.
Let's keep in touch.

multibrand.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP