Custom Search

Bersama Mazidul: "Mazidul, Aku Pastikan Ada Orang Potong Kaki Dan Tangan Kau!"

Jam 5.31 petang tadi saya menerima panggilan dari telefon awam, 089  771 083. Pemanggil terbabit membebel lebih 2 minit.

Saya percaya dia memiliki telefon bimbit tetapi 'malu' menggunakan kemudahan itu.

Ringkasnya, dia mahukan saya memberhentikan  semua tugasan membabitkan kes pelacuran di beberapa lokasi di Sabah, antaranya di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

"Kalau kau datang lagi, aku pastikan ada orang potong kau punya kaki dan tangan," ujarnya dalam loghat Sabah.

Ini ugutan bunuh kali ke berapa saya terima? Entah, terlalu banyak untuk dikira.

Beberapa laporan polis pernah saya buat sebelum ini tetapi tidak ada sebarang tangkapan malah pegawai penyiasat kes langsung tidak memaklumkan saya berhubung perkembangan siasatan dilakukan. Jadi, saya penat untuk ke balai polis buat kesekian kalinya.

Turut menerima panggilan dan ugutan bunuh lelaki sama, penerbit 999, Shahnun Haniff.

Apapun, tugasan akan tetap kami lakukan bersama semua krew 999 kerana saya percaya, nyawa kami bukan milik manusia.

Daripada Allah kami datang, kepadaNya kami kembali, itu hakikat sebenar.

Bersama Mazidul: "Mazidul, Aku Pastikan Ada Orang Potong Kaki Dan Tangan Kau!"

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP