Custom Search

Kes Main JuBuR @ Bontot


Orang melarang, jangan main bontot, perbuatan itu hubungan seks di luar tabi'i, dia 'balun' juga. Orang cakap kotor, dia cakap sedap.

Maka berceramahlah Pak Haji, lelaki gay terjebak melakukan hubungan songsang tidak diterima nabi sebagai umatnya, peduli mereka tidak. Lagipun bukan semua lelaki gay beragama Islam.

Beberapa premis bertopengkan spa dan pusat urut di Kuala Lumpur dikesan menjalankan operasi serampang 2 mata, pekerja mengurut, pada masa sama menawarkan khidmat seks sesama lelaki. 999 berjaya merakamkan kenyataan beberapa responden dan membongkar kegiatan mereka terbabit.

Melalui rakaman visual saya saksikan, dinding premis dipenuhi gambar pegun berwarna lelaki kacak, warga tempatan dan asing. Majoriti mereka dirakamkan tanpa baju, menampilkan abdomen 'six pack' dan hanya memakai seluar dalam jarang, seksi, 'see through', bangga menayangkan 'senjata' mereka kepada pelanggan bernafsu.

"Dia macam ni bang, pelanggan datang, tengok gambar. Lepas tu pilih mana perkenan, pekerja tempat tu akan call lelaki gay ni, dia orang tinggal di apartment area sama," lapor wartawan 999.

Saya dimaklumkan sebilangan warga asing terbabit, pelajar kolej swasta antara mereka dari Iran, Thailand dan Korea, mencari 'extra income' sambil memuaskan nafsu songsang.

"Oral seks, RM50, 'body to body' massage, RM150. Kalau nak bawa dia orang balik ke rumah and have your own sweet time, RM280 per hour, pakej massage dan seks sekali," tambah wartawan sama.

"Masa dia massage awak, apa jadi?," soal saya.

"Pertama kali saya buat rakaman guna spy camera, saya kena massage berseluar dalam, meniarap. Dia pakai seluar dalam juga, duduk atas saya sambil mengeselkan 'anu' dia. Meremang bulu roma, berpeluh tetapi saya tahan saja. Masa tu saya tanya semua fasal pakej ditawarkan tempat tu. Budak kerja kat kaunter, pondan, dia bagi tahu saya rate massage. Servis 'lain' boleh bincang dengan lelaki mengurut tu, katanya"

"Takut?," tanya saya lagi.

"Mahunya tidak, takut bang! Tetapi dah kerja jadi wartawan, buat sajalah. Kali kedua dia suruh saya bogel, saya cakap urut tempat lain. Dia cuba londehkan underwear saya, saya tak bagi," katanya kelihatan tenang.

"Body to body massage tu apa?"

"Masa dia massage pakai lotion, pelanggan boleh kiss bibir dia, peluk, belai dan sentuh dia," jawab wartawan berusia 28 tahun itu.

Saya menjangka, selepas paparan ini ditayangkan 999, pada hari Khamis, 20 Mei, jam 9 malam, pasti pihak pengurusan premis terbabit akan 'tersedak' buat seketika. Itu pun barangkali hanya buat sementara waktu, selepas itu mereka akan menjalankan operasi semula seperti biasa.

Ramai mengajukan soalan, siapa memberikan maklumat berhubung kes seperti itu? Jawabannya orang ramai, penonton setia 999, kelompok sakit mata melihat kegiatan tidak bermoral dijalankan pihak mengkesampingkan nilai masyarakat timur. Melalui pengamatan saya, biarpun 999 mula bersiaran sejak 9 tahun lalu, penonton tidak jemu menghantar ribuan pesanan ringkas ke hotline 019 6330 360, menyalurkan pelbagai maklumat sekaligus memberikan peluang kepada kami terus bersiaran.

Terima kasih kepada mereka semua.http://mazi dulakmal.blogspot.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP