Custom Search

Makhluk asing wujud


LONDON 26 April – Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlu menjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yang sangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.

“Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama seperti ketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepada penduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri baru televisyen, semalam.

Rancangan televisyen itu menggambarkan alam semesta khayalan yang dihuni oleh makhluk asing menaiki kapal angkasa besar dalam misi untuk mencari sumber kehidupan baru selepas sumber di planet mereka sendiri habis digunakan.

“Makhluk asing yang lebih maju itu akan menjadi nomad yang mengembara untuk menawan dan menjajah apa jua planet yang berada dalam jangkauan mereka,” kata Hawking.

Senario malapetaka besar itu digambarkan dalam siri Into the Universe with Stephen Hawking di saluran Discovery Channel yang mula disiarkan di Amerika Syarikat (AS), semalam.

“Pada fikiran saya sebagai ahli matematik, pengiraannya sahaja menjadikan sangat rasional untuk berfikir mengenai kewujudan makhluk asing.

“Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhluk asing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asing wujud.

Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang boleh berpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuh mangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalam alam fantasi saintis.

Manusia sudah pun melakukan beberapa percubaan untuk menghubungi makhluk asing.

Agensi angkasa lepas AS, NASA pada 2008 memancarkan lagu kumpulan Beatles, Across the Universe jauh ke angkasa lepas untuk mengirim mesej keamanan kepada mana-mana makhluk asing yang mungkin berada di kawasan Polaris, juga dikenali sebagai Bintang Utara, pada tahun 2439. – AFP

2 comments:

Kahirie hamidie April 27, 2010 at 12:10 PM  

HAHA memang bawa mudarat pun. tapi ade orang tafsirkan yang alien yang baik manusia plak jahat...

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP