Custom Search

"Ayam" Muda Sabah Murah???? Betul kah????



Berikutan maklumat disalurkan ‘999’ sepasukan polis Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat Dan Perjudian, D7 Ibu Pejabat Polis Kontingen, IPK Kuala Lumpur menyerbu rumah pelacuran di tingkat 1, Jalan Tambipillai, Brickfields.

16 gadis dipercayai pelacur berusia di antara 19 dan 34 tahun diberkas dalam operasi bermula jam 8.15 malam tadi.

“Ada 3 Indonesia, 1 India dan 12 Sabahan,” kata anggota polis bertugas.

Operasi diketuai Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, DSP Razali Abu Samah, pegawai saya kenali sejak 2 tahun lalu. Beliau dibantu Cif Inspektor Azlihan Ishak dan 11 anggota.

‘Ita’, 21 tahun berasal dari Tawau, Sabah antara pelacur berpakaian seksi ditahan.

“Berapa ringgit?,” soal saya.

“RM40, saya dapat RM27, sewa bilik (bayaran bapa ayam), RM13,” bisik anak ke 2 daripada 3 beradik itu.

"Kenapa perlu datang ke Semenanjung melacur, di Sabah tak boleh ke?," tanya saya.

Ita hanya mendiamkan diri. Bukan bertujuan menghina, saya sekadar ingin menyingkap rasional di sebalik tindakan gadis mentah itu. Mengapa dia perlu berhijrah terlalu jauh untuk memperdagangkan diri? Barangkali terlalu janggal sekiranya melacur di negeri sendiri, apapun itu telahan cuma. Lebih mengejutkan, Ita di mata saya boleh dikategorikan sebagai gadis cantik dan menarik. Namun demi menjaga maruah manusia, saya kaburkan wajahnya.

Menurut Ita, rakan sekerja lain dibayar kadar berbeza. Jika RM50, bapa ayam mendapat habuan RM15, selebihnya kepunyaan pekerja.

“Ayam muda, murah,” bisik saya kepada DSP Razali.

“Ha! Ha! Ha! Itu pelanggan, kakitangan kerajaan,” katanya.

“Saya datang sini temankan kawan, saya bukan jenis melanggan pelacur, sorry,” ujar lelaki mendakwa bertugas di Wilayah Persekutuan Putrajaya itu meninggikan suara.

“Jangan cakap banyaklah, ” tegur anggota wanita D7 berdiri di sebelahnya.

“Alasan itu, masa nenek saya masih dara dulu, memang orang sudah guna,” usik saya.

“Bagus ayat itu,” sambung DSP Razali sambil tersenyum.

Di sebelah kanan lokasi kami berdiri, lebih 10 pelanggan ditahan dan akan dituduh mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

Manakala 3 penjaga pelacur diberkas, akan dituduh mengikut Seksyen 373(1)(b) Kanun sama dan jika didapati sabit kesalahan, dia boleh dipenjara 15 tahun dan didenda.

“Hah! Ini ada seorang lagi! Menyorok di sini rupanya,” teriak anggota polis dari dalam bilik berhampiran.

Gadis berbaju hitam berlengan pendek perlahan keluar dari kotak kayu di sebelah katil. Pergerakannya bak ahli gimnastik bertubuh elastik, saya terpegun buat seketika. Di hujung katil bilik dilengkapi penghawa dingin, paip air, tilam nipis dan tuala, kelihatan krim pelincir, lubracating jelly (18 tiub).

Saya sempat merakam gambar pegun 820 kondom dimuatkan kemas di dalam kotak. Mungkin ribuan lagi sudah habis, digunakan pelacur melayan pelanggan mereka sebelum ini.

“Sanggup ke baring?,” usik DSP Razali sambil menjeling ke arah katil.

Saya hanya tersenyum. Spontan terlintas di fikiran, berapa banyak ‘DNA’ berbeza terpalit di tilam sama? Tidak tergamak saya menyentuh tilam berkarat itu.

Bisnes menjual tubuh terbabit pastinya menguntungkan, buktinya, biarpun berulang kali diserbu pihak polis, premis itu masih terus beroperasi.

Visual dan temubual bersama DSP Razali serta beberapa pelacur akan disiarkan dalam episod musim terbaharu ‘999’ pada 7 Januari, 9 malam, Khamis ini. Jangan lupa menyaksikannya.

Nota : Semua gadis terbabit berambut panjang. Mungkin memang diniatkan dari awal untuk menutup wajah sekiranya ditahan pihak berkuasa.

Pelik: Di Kota Kinabalu, Sabah, majoriti pelacur menawarkan khidmat seks, warga asing dari Filipina dan Indonesia. Di Kuala Lumpur (premis diserbu), kebanyakkan pelacur warga Sabah. Kenapa dan mengapa ya?


1 comments:

Anonymous,  April 19, 2010 at 4:02 PM  

betul kah jgk org sabah tu...sekali sekali gambar lah I.C dia...ada bukti sikit dia dorag sabah...

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP