Custom Search

Buat Amal untuk Kempen...

Ada dua jenis manusia yg dapat di gambarkan Oleh Malaysia Kini, seorang lupa asal-usul...dan lebih 10 org tak tau malu, kata buat amal, sedekah...Tapi yg hairan siap panggil press untuk ambek gambar, siap posing lagi...aduhh!!!! ini kah yang dikatakan amal bagi Ahli politik?????
Lalu beliau dengan Bangganya berkata...

Diminta menggambarkan kedaifan ahli keluarga perempuan pertama itu, Shamsul berkata, mereka bekerja kampung yang berpendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan "mempunyai rumah kayu yang agak reput."

Beliau juga bercadang mengheret isu tersebut dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula pada 3 Oktober ini.

"Sudah pasti, kerana dia (Rosmah) mungkin turut berkempen," jawabnya ketika ditanya kemungkinan perkara itu dibangkitkan lagi.

"Ia untuk menggambarkan sikap sebenar Rosmah yang kononnya prihatin dengan dengan nasib masyarakat. Sedangkan keluarganya sendiri dibiarkan daif dan miskin.

"Kalau kerajaan berkata, (dalam konsep) Satu Malaysia, rakyat didahulukan, keadaan ahli keluarganya (Rosmah) menunjukkan sebaliknya."

Kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuala Pilah, kata Shamsul.


undi punya pasal....jaga tepi kain org pun dia nak bangga....adeiiii

2 comments:

rizuan mh September 17, 2009 at 5:05 PM  

dah xde manusia politik yg ikhlas sekarang ni..ape yg dibuat msti ade agenda..ni la hakikat yg sedang jadi kat mesia skang..peribadi, soal maruah dan dignity jd mainan cari untung dunia..nauzubillah.

abghalim September 18, 2009 at 1:48 PM  

Tiada Salam Atau Ucapan
Tiada Pesan Tanda Ingatan
Suasana Penuh Keriangan
ku Teringat Pada Seseorang
Oh

Di Hari Yang Berbahgia Ini
Hatiku Kosong dan Sepi Sekali
Betapa Manis Kenangi Lalu
Menyambut Raya Bersama Denganku
Oh

Korus
Tiada Bisikan Lembut Yang ku Dengar
Hanya Suara Azan Sayup Bergema
Masih Kurasakan Hangat Tanganmu
Di Pagi Raya Bersalam Dengan Ku

Tetamu Datang Tetamu Pergi
Namun Tak Tiba Orang ku Nanti
Hanya Sepasang Kurung Nan Biru
Menjadi Teman Mengubat Rindu Ku
Oh


abghalim MOHON AMPUN DAN MAAF
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP