Custom Search

Karpal VS Anwar....Sapa paling Buduh

Karpal desak Anwar letak jawatan ketua Pakatan

Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut.

Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat, menurut The Star.
Ekoran itu, Anwar telah dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Dua minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar dari Umno, tetapi kembali semula ke pangkuan parti itu.

Selain itu, dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) telah keluar parti dan menjadi parti bebas bersama dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong.

Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 28, sama dengan jumlah kerusi BN (28) dan tiga kerusi bebas.

Ketiga-tiga Adun bebas tersebut telah menyatakan sokongan kepada BN untuk membolehkan gabungan tersebut mendapat sokongan 31 Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Dengan itu, Sultan Perak bersetuju BN menubuhkan kerajaan baru di negeri itu dan menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan barisan exconya supaya meletak jawatan.

Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian dan upacara mengangkat sumpah menteri besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Jumaat lalu, di tengah-tengah bantahan ribuan penyokong Pakatan.

Karpal turut menegur dua rakannya dari DAP, terutama Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng berhubung pendirian mereka yang tidak konsisten berhubung isu melompat parti.

Karpal turut mengkritik BN kerana mengamalkan perbuatan melompat parti - dengan memberi contoh bagaimana BN telah menarik pemimpin DAP menyertainya pada 1979 dan 1982 ketika Anwar masih bersama Umno dan BN.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kepercayaan rakyat tidak boleh diambil mudah wakil rakyat yang pilih.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP