Custom Search

Teresa KoK di Masjid

Teresa kurang sopan pakai skirt di masjid

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.

"Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.

"Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika majlis khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan hari raya di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.

Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.

3 comments:

Anonymous,  September 28, 2008 at 1:19 PM  

ni apa punya perempuan lah...dah tau nak pi masjid pakai lah elok2 sikit...dasar kapir betul lahhhh

The Sabahan October 1, 2008 at 12:44 PM  

mengaku malaysian, tapi adat resam dan budaya masyarakat lain inda pula dia tau..biasanya org2 kenamaan mcm durang ni mesti ada bawa spare baju utk pelbagai acara yg durang akan hadiri..suda tau mo p masjid, bawa la baju kurung sepasang, selendang umno satu....eeiii..apa punya YB la nda peka dengan protokol majlis..

Anonymous,  October 3, 2008 at 10:52 PM  

memang dia teda baju kurung bah tu, pasal buat apa dia mau ambil tau kan..

Related Posts with Thumbnails

VisitorZ

Community Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP